Sarawak mahu jadi hab penerbangan dunia seperti Dubai

GPS chairman Tan Sri Abang Johari Tun Openg said they have identified several individuals to be fielded as its candidate, adding that the coalition will ensure that the selected candidate is ‘clean’ of criminal records and corruption. - BERNAMA
GPS chairman Tan Sri Abang Johari Tun Openg said they have identified several individuals to be fielded as its candidate, adding that the coalition will ensure that the selected candidate is ‘clean’ of criminal records and corruption. - BERNAMA
A
A
A

KUCHING - Sarawak mahu menjadi hab utama penerbangan sama seperti di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila syarikat penerbangannya mula beroperasi kelak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, status sebagai hab penerbangan dunia juga bakal membuka peluang ekonomi yang besar buat negeri ini.

"Jika kita gunakan model itu (Dubai) kita boleh membawa lebih banyak (peluang) ekonomi kepada rakyat kita. Sebab itu kita mahu ambil alih serta wujudkan syarikat penerbangan sendiri, bukan sahaja untuk mengimbangi harga pasaran tiket penerbangan malah untuk nilai tambah lain," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hotel Sheraton Kuching di sini, malam ini.

Pada 20 Disember tahun lepas, Abang Johari berkata, proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Kerajaan Sarawak dijangka dimuktamadkan pada suku kedua atau ketiga tahun ini.

Beliau berkata pada masa ini proses penilaian wajar terhadap syarikat itu sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak serta Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan bersama Kementerian Pengangkutan Persekutuan dan Khazanah Nasional Berhad. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!