Kebajikan rakyat jadi keutamaan dalam PKR

Anwar mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat PKR pada Ahad. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat PKR pada Ahad. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat PKR pada Ahad.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mesyuarat kedua parti bagi tahun ini membincangkan dan meneliti pelbagai perkara secara bersama.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa isu kebajikan rakyat turut menjadi fokus kerana ia merupakan keutamaan Presiden parti.

"Banyak isu-isu semasa yang kami bincang dan teliti bersama.

"Isu kebajikan rakyat sering menjadi keutamaan oleh YAB Presiden," katanya menerusi laman Facebook pada Ahad.

Artikel Berkaitan: