Lelaki disyaki keldai akaun ditahan babit kes penipuan RM97,000

Polis menahan seorang lelaki dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000. Foto hiasan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000. Foto hiasan
A
A
A

BALIK PULAU - Polis menahan seorang lelaki pada Khamis lepas, dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000 dalam kejadian di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di sini oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya hasil maklumat awam dan risikan.

"Lelaki itu dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan yang memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pihak Pos Laju dan pegawai polis secara dalam talian.

"Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat enam transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM97,000 sebelum menyedari telah menjadi mangsa sindiket penipuan dan kemudian membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Artikel Berkaitan: