Projek 'enam lorong' lebuh raya PLUS Senai Utara-Sedenak bermula Jun

Hasni bertanya khabar peserta program berkhatan 'Gerbang Remaja' di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Pinggan, Benut pada Ahad.
Hasni bertanya khabar peserta program berkhatan 'Gerbang Remaja' di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Pinggan, Benut pada Ahad.
A
A
A

PONTIAN - Kerja pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) membabitkan laluan Senai Utara ke Sedenak daripada empat lorong kepada enam lorong akan dimulakan Jun ini.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Ir Hasni Mohammad berkata, pelebaran tersebut bagi laluan sepanjang 21.8 kilometer (km) yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

"Pada Khamis lepas, LLM bersama PLUS sudah memberi taklimat kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan perkembangan pembangunan projek pelebaran lebuh raya kepada enam lorong.

"Selain Senai Utara ke Sedenak, projek pelebaran turut melibatkan Sedenak ke Machap dijangka bermula pada awal 2025.

"Ketika ini juga sedang dipertimbangkan pelebaran sehingga ke kawasan Ayer Hitam dengan jarak 17.3 km," katanya.

Hasni (tengah) bergambar bersama peserta program berkhatan 'Gerbang Remaja' di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Pinggan, Benut pada Ahad.
Hasni (tengah) bergambar bersama peserta program berkhatan 'Gerbang Remaja' di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Pinggan, Benut pada Ahad.

Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Benut merasmikan program berkhatan 'Gerbang Remaja' disertai 90 kanak-kanak di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Pinggan di sini pada Ahad.

Program terbabit merupakan anjuran bersama Penghulu DUN Benut, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian dan Pusat Khidmat ADUN Benut.

Artikel Berkaitan:

Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam menambah, kerja-kerja pelebaran dari Senai Utara ke Sedenak berdepan cabaran keadaan muka bumi yang berbukit dan curam.

Dalam pada itu, beliau berharap projek pelebaran Lebuhraya PLUS di kawasan negeri ini diberi keutamaan dan berjalan lancar supaya tidak berlaku kelewatan daripada jadual.

Tambahnya, pengurusan pelan trafik di kawasan pelebaran lebuh raya akan diberikan keutumaan bagi mengelak kesesakan trafik luar biasa berlaku.

"Beberapa langkah sedang diperhalusi termasuk kenderaan berat yang menggunakan lebuhraya mungkin akan dijadualkan semula perjalanan mereka.

"Selain itu sebahagian kenderaan berat akan dialihkan menggunakan jalan Persekutuan, namun perkara masih diteliti dan dibincangkan," katanya.

Hasni merasmikan program berkhatan 'Gerbang Remaja' disertai 90 kanak-kanak di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Pinggan, Benut pada Ahad.
Hasni merasmikan program berkhatan 'Gerbang Remaja' disertai 90 kanak-kanak di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Pinggan, Benut pada Ahad.

Pada 12 Oktober lalu, kerajaan dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan projek pelebaran Lebuhraya PLUS daripada empat kepada enam lorong dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam, Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 dilaporkan berkata, projek pelebaran Lebuhraya PLUS membabitkan kawasan Johor itu akan dibangunkan dengan kos peruntukan sebanyak RM931 juta.