Malaysia tewaskan Jepun, mara ke final BATC

Lee Zii Jia menewaskan pemain Jepun, Kenta Nishimoto dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Setia Alam pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Lee Zii Jia menewaskan pemain Jepun, Kenta Nishimoto dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Setia Alam pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SKUAD badminton negara mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas menumpaskan Jepun 3-1 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di Shah Alam pada Sabtu.

Pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia bermula cemerlang untuk memberikan mata pertama kepada pasukan negara selepas menewaskan pemain ranking ke-12 dunia, Kenta Nishimoto.

Dia yang baharu sahaja pulih daripada masalah resdung yang dialaminya tampil bertenaga menundukkan Nishimoto straight set 21-18, 21-15.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Setia Alam pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Rentak positif tersebut diteruskan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menentang Akira Koga-Taichi Saito membolehkan Malaysia meraih mata kedua negara.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik agak goyah pada set pertama apabila tewas 15-21 dan kemudian berjaya bangkit pada set kedua 21-17 untuk mengikat perlawanan.

Mereka tidak menoleh kebelakang pada set ketiga apabila menampilkan aksi berkualiti tinggi menewaskan gandingan Jepun yang berada di ranking ke-15 dunia itu 21-10.

Artikel Berkaitan:

Leong Jun Hao tewas kepada pemain Jepun, Koki Watanabe dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Setia Alam pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Leong Jun Hao tewas kepada pemain Jepun, Koki Watanabe dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Setia Alam pada Sabtu. FOTO SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Harapan untuk melihat Malaysia mengesahkan tiket ke final lebih awal melalui pemain perseorangan kedua, Leong Jun Hao tidak kesampaian apabila dia tewas kepada Koki Watanabe 19-21, 21-12 dan 21-19.

Beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rusmani mengesahkan kemenangan negara apabila menundukkan Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-15, 21-19.