Henti pertikai keputusan konsensus lantik Anwar jadi PM

Wawancara khas bersama Sinar Harian di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini semalam. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Wawancara khas bersama Sinar Harian di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini semalam. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PUTRAJAYA - Pihak yang tidak terlibat dalam konsensus Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad diminta untuk berhenti mempertikaikan keputusan tersebut.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar akan tetap berlaku kerana ia telah dimuktamadkan dalam perjanjian yang ditandatangani pada 7 Januari 2018 sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan.

Menurutnya, perjanjian itu telah ditandatangani bersama antara Dr Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah), Mohammad Sabu; Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita dapati ada sesetengah daripada ulasan dikeluarkan oleh orang yang bukan sebahagian daripada kami dahulu. Bila kami jadi kerajaan, barulah dia masuk.

“Tan Sri Rais Yatim, misalnya, pada 2018 kita lawan dia, sekarang dia masuk (PH). Dia pula sebut segala perkara yang dia tidak pernah terlibat dalam proses awal semasa kami muktamadkannya pada 7 Januari lalu.

“Kalau ada satu yang saya kira terkilan, itulah (kenyataan Rais). Kurang cermat dan berhemah (dalam membuat kenyataan). Rujuk balik kepada konsensus asal,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar bertemu Dr Mahathir lagi

Saifuddin yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika diminta mengulas mengenai isu peralihan kuasa yang semakin hangat diperkatakan ketika ini berkata, meskipun dalam perjanjian itu tidak meletakkan tarikh tertentu berhubung perkara tersebut, namun yang jelas ia tetap akan berlaku.

Artikel Berkaitan:

“Dalam perbincangan itu sebenarnya sudah diberi gambaran atau satu isyarat yang sangat jelas,” katanya.