'Isu beras pun haru-biru Kerajaan Madani' - Idris

Idris -Foto Bernama
Idris -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan dalam menguruskan isu Beras Putih Malaysia Madani disifatkan sebagai haru biru dan lebih sudu daripada kuah.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta supaya fokus dan berbincang dengan pegawai yang berpengalaman bagi membantu mana-mana pemimpin yang memerintah.

“Haru-biru Kerajaan Madani ini. Isu beras pun sudah biru haru.

“Jelas ini kuasa menteri, bukan kuasa orang lain. Ini lebih sudu daripada kuah.

“Perkara dasar dan tatakelola bukan tata ke laut,” katanya dalam siaran di Facebook pada Sabtu.

Kerajaan sebelum ini dilapor akan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani untuk menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan turut menetapkan harga siling bagi beras putih pada kadar RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg), manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg), berkuat kuasa Isnin ini.

Bagaimanapun, Anwar memaklumkan mesyuarat khas NACCOL sepatutnya sudah pun berlangsung, namun ia terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan atas sebab yang mendesak.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Idris turut mempersoalkan kredibiliti kerajaan dalam memikirkan ekonomi negara memandangkan masalah beras masih bercelaru.

“Jangan pula nanti bila berlaku perkara ini sebab tata kelola, rasuah, golongan maha kaya, pembangkang punya angkara.

“Perdana Menteri tolong fokus dan bincang dengan pegawai yang berpengalaman yang akan membantu mana-mana pemimpin yang memerintah.

“Insya-ALLAH, mereka berkhidmat dengan kerajaan semasa dan profesional dalam cadangan dan tindakan,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!