PRK Kimanis: Shafie nafi dakwaan penyokong Warisan halang kempen BN

Mohd Shafie berucap ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis di Pusat Daerah Mengundi Bahagian Mawao, Membakut hari ini. -Foto Bernama
Mohd Shafie berucap ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis di Pusat Daerah Mengundi Bahagian Mawao, Membakut hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KIMANIS - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan penyokong parti itu menghalang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin berserta rombongan berkempen di Membakut, semalam.

Mohd Shafie berkata, setakat ini beliau tidak mempunyai maklumat penuh berhubung insiden itu, namun akan menyiasat perkara berkenaan serta menasihatkan jentera partinya supaya tidak berbuat demikian sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Beliau berharap perkara itu tidak diperbesarkan sebaliknya mahu kedua-dua parti fokus kepada gerak kerja kempen masing-masing.

“Setakat pengetahuan saya tidak ada (insiden penyokong Warisan halang calon BN). Kalau pun ada kita (akan) nasihatkan (penyokong Warisan) nanti. Kita kempen saja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Warisan di Kampung Mawao, dekat sini hari ini.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini dilaporkan mendakwa bahawa kononnya penyokong Warisan menghalang Mohamad serta rombongan BN ketika dalam perjalanan menuju ke PDM Batu Enam untuk berkempen, petang semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: