Sambutan Hari Peneroka Felda Julai ini sasar 500,000 pengunjung

Seramai 500,000 peneroka dan warga Felda dari seluruh negara dijangka hadir ke sambutan Hari Peneroka Felda yang dijadualkan berlangsung di MAEPS Serdang selama tiga hari bermula 12 Julai ini.
Seramai 500,000 peneroka dan warga Felda dari seluruh negara dijangka hadir ke sambutan Hari Peneroka Felda yang dijadualkan berlangsung di MAEPS Serdang selama tiga hari bermula 12 Julai ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 500,000 peneroka dan warga Felda dari seluruh negara dijangka hadir ke sambutan Hari Peneroka Felda yang dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang selama tiga hari bermula 12 Julai ini.

Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, Datuk Mohd Banuri Aris berkata, sambutan kali ini akan menampilkan beberapa kelainan dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik.

"Tahun ini kita siapkan dengan satu landskap berbeza berbanding tahun-tahun lepas. Biasanya kita sambut sekadar satu hari atau satu malam dan setiap tahun cuma dihadiri lebih kurang 10,000 orang, jadi tahun ini kita buat kelainan, kita anjurkan program ini selama tiga hari dua malam.

"Kita akan ketengahkan peneroka yang berjaya untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan idea untuk terus ke hadapan. Kemeriahan kali ini akan menjadi satu kebanggaan kita satu hari nanti," katanya ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia siaran Bernama TV, pada Jumaat.

Banuri berkata, antara yang akan memeriahkan sambutan nanti ialah pameran dan jualan daripada 317 usahawan, aktiviti sukan serta permotoran.

Sementara itu, Banuri berkata, Karnival Segalanya Felda (KSF) yang bakal berlangsung di Menara Felda dari 23 hingga 25 Februari ini akan menyantuni segala persoalan dan maklumat yang diperlukan semua warga peneroka.

Beliau berkata, KSF adalah program berskala sederhana yang memberi gambaran bahawa pihak pengurusan Felda cakna dalam menyalurkan maklumat kepada kesemua warga peneroka.

"Kita ada kaunter Felda yang sedia menjawab segala persoalan. Kita mahu mereka mendapat maklumat terkini dari saluran yang sahih, selain turut ada gabungan peniaga-peniaga yang berjaya untuk membantu memasarkan produk mereka," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: