'Singa jumpa dinasor' di Petrosains

Simbolik 'pertemuan' singa dan dinasor di Petrosains
Simbolik 'pertemuan' singa dan dinasor di Petrosains
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengunjung Petrosains, The Discovery Centre menzahirkan rasa teruja apabila dapat merasai pengalaman berbeza sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan di pusat pameran dan pembelajaran sains itu pada Rabu.

Menurut Petrosains, menerusi sambutan tersebut, pengunjung disajikan dengan persembahan muzik tradisional dan tarian singa bagi meraikan dan berkongsi kepelbagaian budaya di Malaysia.

"Pengunjung telah didedahkan kepada pengalaman yang luar biasa di Petrosains, The Discovery Centre yang dihiasi dengan dekorasi Tahun Baharu Cina.

"Ia melambangkan kemakmuran, apabila berpeluang untuk menerokai keseronokan dunia sains di samping menikmati persembahan-persembahan berkenaan pada masa yang sama," katanya dalam satu kenyataan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Sdn Bhd, Ezarisma Azni Mohamad.


Pengunjung Petrosains teruja dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada Rabu
Pengunjung Petrosains teruja dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada Rabu

Sementara itu, pensyarah, Noor Izzati Nadia, 30, berkata, usaha Petrosains meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia amat bermakna kepada pengunjung.

"Ia adalah pengalaman yang unik dan menyeronokkan apabila terdapat tarian singa di dalam pusat sains.

Artikel Berkaitan:

"Ia pastinya sesuatu yang baru," katanya.

Pengunjung cilik, Ryan Xavier, 19, turut mengakui teruja dengan pengalaman kali pertama berkunjung ke Petrosains.

"Saya mengalami pengalaman yang menarik di Petrosains bersama rakan saya.

Persembahan muzik tradisional sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Petrosains pada Rabu
Persembahan muzik tradisional sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Petrosains pada Rabu

"Ini kali pertama saya datang ke sini dan terdapat banyak aktiviti menarik untuk dilakukan," katanya.

Petrosains komited untuk mewujudkan satu ruang yang bersifat inklusif bagi merangsangkan budaya cinta sains dan meraikan kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang.

Dengan kira-kira 300 pameran, Petrosains menawarkan pelbagai pameran di galeri-galeri bertema, termasuklah angkasa, yang menerokai astronomi; Paleo ke Petroleum, yang menawarkan informasi tentang kehidupan di Bumi zaman prasejarah; dan Sparkz, yang memperkenalkan konsep sains asas secara praktikal.