Nancy naik MRT ke pejabat

Nancy menggunakan MRT untuk ke pejabat pada pagi Khamis.
Nancy menggunakan MRT untuk ke pejabat pada pagi Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) ke pejabat beliau pada pagi Khamis.

Memetik hantaran FMT di laman X, Nancy menaiki MRT Laluan Kajang sambil ditemani beberapa pegawai sebelum menukarnya ke Laluan Putrajaya di Stesen Tun Razak Exchange.

Beberapa rakaman video Nancy berdiri di dalam koc wanita turut dimuat naik menerusi hantaran tersebut.

Difahamkan, beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong kerap menggunakan kemudahan pengangkutan awam itu sebagai alternatif.

Artikel Berkaitan: