Skuad lelaki mara ke separuh akhir BATC 2024

Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin memberi mata kemenangan buat Malaysia ketiga menewaskan Singapura 3-1 dalam aksi suku akhir BATC di Shah Alam pada Jumaat. Foto Bernama
Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin memberi mata kemenangan buat Malaysia ketiga menewaskan Singapura 3-1 dalam aksi suku akhir BATC di Shah Alam pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

SKUAD badminton lelaki negara mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas menumpaskan Singapura 3-1 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di Shah Alam pada Jumaat.

Bagaimanapun sebelum meraih kejayaan tersebut, pasukan negara dirundung detik cemas apabila pemain perseorangan, Ng Tze Yong yang turun dalam permainan pertama terpaksa menarik diri selepas tiga minit beraksi menentang Jason Teh.

Ia susulan pemain berusia 23 tahun itu dipercayai mengalami kecederaan di bahagian belakang.

Perjuangan negara kemudian diteruskan oleh beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-11, 22-24, 21-14 ke atas Loh Kean Hean-Wong Jia Hao untuk mengikat kedudukan 1-1.

Rentak kemenangan kemudian diteruskan oleh Leong Jun Hao yang mudah menumpaskan Koh Jia Wei 21-8, 21-12 untuk meletakkan Malaysia di depan 2-1.

Beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rusmani mengesahkan kemenangan negara setelah mengalahkan Koh Eng Keat-Kubo Jun Suke 21-6, 20-22, 21-8.

"Kami hanya fokus kepada permainan dan belajar daripada pengalaman. Apapun gembira dapat beri mata buat pasukan," ujar Sze Fei

Kejayaan itu sekali gus membolehkan Malaysia layak secara automatik ke saingan Piala Thomas di Chengdu, China pada April depan.

Artikel Berkaitan: