Pantau penjaja warga asing di Terminal Sekinchan

Seorang lelaki warga asing dipercayai menjual makanan di di tepi jalan berhampiran Terminal Sekinchan di sini seperti yang tular di Facebook.
Seorang lelaki warga asing dipercayai menjual makanan di di tepi jalan berhampiran Terminal Sekinchan di sini seperti yang tular di Facebook.
A
A
A

SABAK BERNAM - Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) digesa memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat penjaja warga asing menjual makanan di tepi jalan berhampiran Terminal Sekinchan di sini seperti yang tular di Facebook.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, tindakan penguatkuasaan lebih tegas perlu diambil terhadap penjaja terbabit.

"Saya belum melihat video tersebut, tetapi saya akan semak sama ada benar atau pun tidak viral tersebut.

"Sekiranya betul ada warga asing yang meniaga di situ, saya akan meminta MDSB memantau dan mengambil tindakan segera," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Suee Lim
Suee Lim

Bagaimanapun, Suee Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan turut menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan warga asing tersebut adalah pasangan kepada warga tempatan.

Beliau menjelaskan, terdapat kemungkinan warga asing yang berkahwin dengan warga tempatan menggunakan lesen perniagaan atas nama isteri.

"Biasanya di kedai warga asing yang kita serbu, mereka menggunakan lesen nama pasangan warga tempatan.

Artikel Berkaitan:

"Ini menjadi kekangan penguatkuasaan undang- undang dan terdapat kelemahan di situ yang menyukarkan kita bertindak," tegas beliau.

Suee Lim bagaimanapun memberitahu, kerajaan akan berusaha mengatasi kesukaran tersebut dan tetap memberi keutamaan kepada peniaga tempatan.

"Ini hasrat saya selama ini, memang kita majukan Sekinchan dalam sektor agro pelancongan untuk memberi manfaat kepada penduduk kampung seperti kaum Melayu, Cina dan India tanpa mengira bangsa, tetapi bukan untuk warga asing," kata beliau.

Sebelum ini tular video berdurasi 21 saat memaparkan terdapat seorang penjaja warga asing berniaga makanan berdekatan Terminal Sekinchan.