Ada pegawai, anggota polis bocor maklumat sulit dalam media sosial

Allaudeen menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota semasa Perhimpunan Bulanan IPK Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Allaudeen menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota semasa Perhimpunan Bulanan IPK Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perbuatan segelintir anggota dan pegawai polis membocorkan maklumat sulit di media sosial adalah satu kesalahan serius, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah mengancam keselamatan negara.

"Prinsip kerahsiaan hendaklah dipatuhi selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang melarang penyebaran maklumat yang dikategorikan sebagai rahsia rasmi.

“Kepesatan perkembangan teknologi masa kini memberi peluang dan ruang kepada penyebaran maklumat ini secara berleluasa tanpa menganggap implikasi pendedahan mampu untuk membawa liabiliti jenayah," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Beliau berkata, tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh PDRM pada masa ini dalam menjalankan penugasan kepolisan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan kehendak baharu seiring dengan perubahan dan peredaran semasa.

Tambahnya, dalam dunia berteknologi tinggi ketika ini PDRM terpaksa mengubah kaedah pengoperasian dan corak penugasan serta menggunakan segala sumber secara strategik.

Penyampaian sijil penghargaan kepada anggota semasa Perhimpunan Bulanan IPK Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Penyampaian sijil penghargaan kepada anggota semasa Perhimpunan Bulanan IPK Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Mengulas mengenai beberapa kejadian tular yang memberi tamparan kepada PDRM, Allaudeen berkata, ia membabitkan sebilangan pegawai pasukan yang telah hilang integriti dalam menjalankan tugas.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan itu telah menimbulkan satu tanggapan buruk terhadap PDRM, bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

"Sikap integriti serta akauntabiliti antara prinsip yang perlu ada dalam setiap warga Polis Kuala Lumpur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur telah merampas pelbagai jenis dadah sepanjang Januari 2024 dengan jumlah rampasan sebanyak RM1.7 juta membabitkan 2,352 tangkapan berbanding tahun 2023 sebanyak RM1.8 juta (1,333 orang).

Ujarnya, bagi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur pula memperlihatkan kejayaan dengan 366 operasi dan serbuan telah dilaksanakan dengan