Rombakan Exco Johor: Aznan ganti Norlizah

Azman mengangkat sumpah sebagai AMMK yang baharu dengan memegang portfolio Penerangan dan Penerangan Negeri Johor.
Azman mengangkat sumpah sebagai AMMK yang baharu dengan memegang portfolio Penerangan dan Penerangan Negeri Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Johor yang baharu bagi tahun 2024-2027.

Aznan akan memegang portfolio Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menggantikan ADUN Johor Lama, Norlizah Noh.

Tunku Ismail (kiri) dan Azman selepas mengangkat sumpah sebagai AMMK yang baharu bagi penggal 2024-2027.
Tunku Ismail (kiri) dan Azman selepas mengangkat sumpah sebagai AMMK yang baharu bagi penggal 2024-2027.



Pelantikan tersebut menyaksikan tidak wujud Kerajaan Perpaduan di negeri ini apabila tiada wakil daripada Pakatan Harapan (PH) atau parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menganggotai barisan Exco kerajaan negeri yang baharu itu.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke Istiadat Pelantikan Yang Berhormat AMMK itu yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di sini.

Tunku Ismail (tengah), Onn Hafiz (dua dari kiri), Azmi (kiri), Abdul Rahim (dua dari kanan) dan Azman selepas mengangkat sumpah sebagai AMMK yang baharu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Selasa.
Tunku Ismail (tengah), Onn Hafiz (dua dari kiri), Azmi (kiri), Abdul Rahim (dua dari kanan) dan Azman selepas mengangkat sumpah sebagai AMMK yang baharu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Selasa.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Artikel Berkaitan:

Onn Hafiz dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada Aznan dan berharap beliau menggalas tanggungjawab dengan baik.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada yang berhormat Norlizah Noh, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor atas segala khidmat dan bakti yang telah dicurahkan kepada rakyat dan Bangsa Johor.

"Saya percaya dan yakin pelantikan dan penstrukturan semula portfolio barisan Exco ini mampu memacu negeri Johor ke arah yang lebih baik dan semuanya berupaya menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti.

"Saya sedar dan insaf sepanjang tempoh hampir dua tahun perkhidmatan ini masih banyak yang perlu dilakukan. Insya-ALLAH saya bersama barisan Exco ini akan berusaha sehabis baik untuk memacu negeri Johor ke satu tahap yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat Johor," katanya dalam kenyataan tersebut.

Mufti Johor membacakan doa dalam majlis mengangkat sumpah Azman sebagai AMMK yang baharu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Selasa.
Mufti Johor membacakan doa dalam majlis mengangkat sumpah Azman sebagai AMMK yang baharu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Selasa.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga menjunjung kasih terhadap Tunku Ismail atas perkenan pelantikan dan penstrukturan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu itu.

Sementara itu, penstrukturan semula AMMK Johor itu hanya menyaksikan pelantikan Azman sebagai Exco kerajaan negeri yang baharu.

Infografik Exco Johor baharu 2024-2027

1. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi

Exco Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Negeri Johor

2. Datuk Zahari Sarip

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor

3. Datuk Mohd Jafni Md Shukor

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor

4. K Raven Kumar

Exco Perpaduan, Warisan & Budaya Negeri Johor

5. Khairin-Nisa Ismail

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor

6. Mohd Hairi Mad Shah

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor

7. Mohd Fared Mohd Khalid

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor

8. Ling Tian Soon

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor

9. Lee Ting Han

Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor

10. Mohamad Fazli Mohamad Salleh

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor

11. Aznan Tamin

Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor