Tiga remaja dikhuatiri lemas di Tanjung Batu

Anggota bomba melakukan penilaian kawasan sebelum meneruskan operasi mencari dan menyelamat tiga remaja dikhuatiri lemas di Sungai Sempit, Segari. Foto: ihsan bomba
Anggota bomba melakukan penilaian kawasan sebelum meneruskan operasi mencari dan menyelamat tiga remaja dikhuatiri lemas di Sungai Sempit, Segari. Foto: ihsan bomba
A
A
A

LUMUT - Tiga remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu, Segari di sini pada Isnin.

Kejadian itu melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Dharma, 14; Sarath, 16 dan seorang lagi remaja berusia 16 tahun.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, Muhammad Hanafi Mohamed Rasidi memaklumkan maklumat awal kejadian mangsa lemas diterima pada jam 3.26 petang.

"Seramai enam anggota telah diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada sistem MERS 999.

"Ketiga-tiga mangsa dipercayai lemas ketika memancing dan mandi di sungai berkenaan," katanya.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan: