Bukan semua lokasi boleh kita bergambar...

PILIHLAH lokasi yang bersesuaian jika ingin merakam gambar tidak kiralah untuk tujuan foto perkahwinan atau sekadar suka-suka.
PILIHLAH lokasi yang bersesuaian jika ingin merakam gambar tidak kiralah untuk tujuan foto perkahwinan atau sekadar suka-suka.
A
A
A

PERKUBURAN menjadi tempat persemadian seorang manusia apabila ajalnya menjemput.

Tempat itu sepatutnya mengingatkan kita tentang kematian dan bermuhasabah diri bahawa tiada siapa yang akan kekal di dunia buat selama-lamanya kecuali Sang Pencipta.

Begitu pun, ada yang menjadikan perkuburan sebagai tempat untuk merakam gambar-gambar perkahwinan atau bertujuan sekadar suka-suka.

Itulah yang berlaku apabila tular gambar pengantin di kawasan perkuburan sehingga menimbulkan perdebatan pelbagai pihak sekitar bulan November lalu.

Apakah hukumnya apabila mengambil gambar perkahwinan atau sekadar untuk suka-suka di perkuburan? Apakah lagi tempat yang perlu kita elakkan untuk mengambil gambar?

Editor Kanan Penerbitan Al-Quran Karya Bestari, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil akan merungkaikan jawapannya dalam segmen Soal Jawab Netizen pada hari ini.

(ARTIKEL BERKAITAN: Larangan bergambar di kawasan perkuburan)

(ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ambil gambar suka-suka di kubur)

Artikel Berkaitan: