Op Selamat 21: 1,614 kes kemalangan, 13 maut

Op Selamat 21 dilaksanakan JSPT Kuala Lumpur di sekitar ibu negara.
Op Selamat 21 dilaksanakan JSPT Kuala Lumpur di sekitar ibu negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,614 kes kemalangan direkodkan di seluruh negara pada Jumaat iaitu hari kedua Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 12 kes kemalangan maut dengan 13 kematian dilaporkan.

"Statistik kemalangan ini merekodkan sebanyak 1,986 kenderaan.

"Sepanjang musim perayaan ini, JSPT mengenal pasti sebanyak 18 'hot spot' dan 46 'blackspot' di kawasan lebuh raya, selain 407 lokasi 'hot spot' serta 76 'black spot' di negeri dan daerah," katanya pada Sabtu.

Mohd Azman
Mohd Azman

Sementara itu, Mohd Azman berkata, pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan rakan kolaborasi strategik PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Op Selamat 21 dilaksanakan di seluruh negara bermula Khamis hingga 13 Februari ini sempena Tahun Baharu Cina.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Op Selamat bagi edisi kali ini masih mengekalkan tema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi', dengan mengangkat dua objektif utama iaitu meminimumkan kemalangan jalan raya serta memastikan kelancaran trafik dan mencegah jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

Artikel Berkaitan:

JSPT juga turut dibantu oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM dalam menjalankan pemantauan udara di tiga zon utama iaitu zon Utara, Selatan dan Timur.

Selain itu, bagi mencegah jenayah pecah rumah pula, seluruh jentera PDRM di peringkat kontinjen akan digerakkan untuk rondaan pencegahan jenayah, risikan, operasi dan pemantauan secara berjadual di kawasan perumahan serta premis perniagaan terutamanya yang memaklumkan ketiadaan mereka kepada pihak polis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!