'Saya tahu tak ada lesen, tapi abang suruh bawa'

Pemandu bas yang ditahan JPJ semasa Op Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam kerana memandu tanpa lesen sah pada Jumaat.
Pemandu bas yang ditahan JPJ semasa Op Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam kerana memandu tanpa lesen sah pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Akibat akur 'arahan' untuk memandu bas persiaran biar pun tanpa lesen dengan membawa penumpang, seorang lelaki berdepan tindakan undang-undang selepas ditahan di Plaza Tol Kemuning dekat sini pada Jumaat.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.40 malam semasa dalam perjalanan membawa 11 penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dakwa lelaki itu, dia terpaksa membawa bas terbabit selepas dipujuk abangnya susulan ketiadaan pemandu yang bercuti Tahun Baharu Cina.

"Bas ini milik syarikat abang saya.

"Saya tahu tiada lesen tetapi terpaksa sebab semua penumpang mahu ke KLIA untuk penerbangan ke luar negara jam 12 tengah malam ini," katanya selepas ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Op Tahun Baharu Cina 2024 di sini.

Antara penunggang motosikal yang diperiksa JPJ menerusi Op Tahun Baharu Cina 2024 di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam pada Jumaat.
Antara penunggang motosikal yang diperiksa JPJ menerusi Op Tahun Baharu Cina 2024 di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, tindakan lelaki terbabit membahayakan penumpang kerana tanpa sebarang perlindungan insurans sekiranya berlaku kemalangan.

"Saman akan dikeluarkan kepada pemandu dan syarikat terbabit selain perlu mencari pemandu ganti bagi menggantikannya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam operasi itu juga, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen memandu.

Pemeriksaan anggota JPJ mendapati motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang remaja itu menggunakan nombor plat 'fancy' di bahagian belakang selain tiada nombor pendaftaran di bahagian depan.

Lokman turut turun padang dalam Op Tahun Baharu Cina 2024 di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam pada Jumaat.
Lokman turut turun padang dalam Op Tahun Baharu Cina 2024 di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam pada Jumaat.

Remaja itu kemudian memberi alasan dia dalam perjalanan untuk membaikinya di Shah Alam kerana motosikalnya rosak akibat kemalangan.

"Saya baharu hendak buat malam ini di Uptown Seksyen 24 sebab 'cover set' baharu sahaja pecah dalam kemalangan minggu lepas," katanya.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut anggota JPJ akhirnya membuatkan remaja itu mengaku kesilapannya apabila mempunyai rekod saman awal bulan ini atas kesalahan sama oleh pihak polis.