Atlet renang paralimpik Israel dilarang masuk Malaysia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MALAYSIA tidak akan membenarkan atlet renang paralimpik Israel memasuki negara ini bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung di Sarawak, Julai ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, ini disebabkan Malaysia mempunyai dasar luar negara yang amat jelas terhadap Israel.

“Justeru, kerajaan akan tetap mengambil pendirian yang paling tegas dalam isu ini sebagai membantah pendudukan dan penindasan berterusan ke atas rakyat Palestin,” lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai portal berita Israel yang melaporkan atlet renang paralimpik Israel tidak dibenarkan masuk ke Malaysia untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 pada Julai.

Menurut laporan itu, Jawatankuasa Paralimpik Israel cuba untuk mendapatkan visa untuk pasukannya dua bulan dari sekarang.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan ini bukan kali pertama atlet Israel dihalang memasuki negara ini daripada menyertai kejohanan antarabangsa.

Pada 2015, dua pelayar Israel terpaksa berundur daripada menyertai Kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) di Langkawi selepas gagal mendapatkan visa.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya turut sependapat dengan Steven.

Artikel Berkaitan:

“Mereka ini tidak ada hubungan diplomatik dengan Malaysia,” katanya.