Hujan berterusan tahap waspada di Sarawak Ahad dan Isnin

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak pada Ahad dan Isnin ini.
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak pada Ahad dan Isnin ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak pada Ahad dan Isnin ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Sarawak ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Kanowit, Mukah yang meliputi Tanjung Manis, Daro dan Matu serta daerah Kapit (Song dan Bukit Mabong). - Bernama

Artikel Berkaitan: