Tutup sementara Taman Eko Rimba Ulu Bendul jika hujan berterusan

MDKP tidak menolak tutup sementara kawasan rekreasi Taman Eko-Rimba Ulu Bendul jika hujan berterusan susulan Fasa Peralihan Monsun pada November ini. (Gambar kecil: Mohd Faizal)
MDKP tidak menolak tutup sementara kawasan rekreasi Taman Eko-Rimba Ulu Bendul jika hujan berterusan susulan Fasa Peralihan Monsun pada November ini. (Gambar kecil: Mohd Faizal)
A
A
A

KUALA PILAH - Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) akan menutup sementara kawasan rekreasi Taman Eko Rimba Ulu Bendul di sini sekiranya hujan berterusan susulan fasa peralihan monsun pada November ini.

Yang Dipertua MDKP, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, ia sebagai tindakan berjaga-jaga selain mengelakkan insiden yang tidak diingini termasuk fenomena kepala air.

"Jabatan perhutanan daerah juga telah diarahkan untuk membaiki siren kecemasan sebagai isyarat kepada pengunjung yang datang mengenai bahaya kepala air.

"MDKP juga telah memasang papan tanda amaran peringatan supaya pengunjung keluar dari kolam mandi apabila cuaca hujan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

MDKP meletakkan papan amaran kepala air di Ulu Bendul.
MDKP meletakkan papan amaran kepala air di Ulu Bendul.

Mohd Faizal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah berkata, pihaknya telah selesai mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah bulan lalu yang dihadiri oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan wakil Parlimen serta ketua jabatan berkenaan.

"Jabatan Meteorologi memaklumkan Kuala Pilah akan mengalami monsun peralihan dan disusuli dengan Monsun Timur Laut pada November nanti.

"Semua pihak diarahkan membuat persiapan dan siap siaga menghadapi musim banjir dan hujan lebat ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tutup sementara Ulu Bendul jika hujan berterusan.
Tutup sementara Ulu Bendul jika hujan berterusan.

Dalam pada itu, Mohd Faizal mahu pengunjung di kawasan rekreasi itu supaya sentiasa menitik berat soal kebersihan bagi mengelakkan masalah kencing tikus berulang seperti kes sebelum ini.

"Kita akan membuat pantauan daripada masa ke masa dan orang ramai juga dinasihatkan sentiasa peka keadaan sekeliling terutamanya pada musim hujan ini," katanya.