[VIDEO] Saya buat ini untuk semua - Nik Elin Zurina

A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mempertahankan tindakannya memfailkan petisyen mencabar 18 Enakmen Kanun Jenayah (1) Kelantan 2019.

Ujarnya tindakan beliau dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman adalah untuk kebaikan semua.

"Saya buat ini bukan untuk diri saya tetapi untuk semua," katanya ketika ditemui pemberita di Istana Kehakiman pada Jumaat.

Menurutnya, sebagai peguam, beliau percaya ia menjadi tugas dan tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang.

Nik Elin Zurina ketika ditemui media di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Nik Elin Zurina ketika ditemui media di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Alhamdulillah saya bersyukur (dengan keputusan mahkamah) setelah dikutuk, dikeji dan dilaknat.

"Saya balik Kelantan tidak ada kecaman pun, semuanya menyokong saya," katanya.

Ditanya adakah beliau akan mencabar undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) lain, Nik Elin berkata, beliau tidak berhasrat untuk berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH tidak ada (ke DUN lain).

"Sya rasa selepas daripada ini, DUN akan lebih berhati-hati dalam menggubal undang undang mereka sekali gus mengharmonikan mahkamah syariah dan sivil," katanya.