Ringgit dibuka rendah berikutan data pasaran buruh AS kukuh

Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.7820/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7705/7745 semasa ditutup semalam. Foto hiasan
Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.7820/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7705/7745 semasa ditutup semalam. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, dipengaruhi oleh data pasaran buruh AS yang kukuh, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.7820/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7705/7745 semasa ditutup semalam.

Tuntutan pengangguran awal AS adalah lebih rendah berbanding jangkaan sebanyak 218,000 pada minggu lepas berbanding anggaran konsensus berjumlah 221,000, menunjukkan pasaran buruh yang teguh apabila jumlah warga AS yang menuntut manfaat pengangguran mereka adalah lebih kecil.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, indeks penanda aras S&P 500 AS melepasi 5,000 mata dalam masa yang singkat. "Ini merupakan isyarat bahawa pelabur positif terhadap pendapatan syarikat AS pada tahun ini.

"Secara keseluruhannya, dolar AS dalam keadaan paling efektif memandangkan Rizab Persekutuan tidak mungkin akan berubah arah dalam masa terdekat, memberikan lebih banyak kelebihan kepada dolar AS," katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS hari ini, katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2010/2046 daripada 3.2068/2100 semasa ditutup pada Khamis.

Ia menyusut berbanding pound Britain kepada 6.0320/0383 daripada 6.0251/0302 sebelum ini dan berkurangan berbanding euro kepada 5.1516/1570 daripada 5.1445/1488.

Artikel Berkaitan:

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain tetapi lebih baik berbanding baht Thailand kepada 13.3103/3317 daripada 13.3191/3362.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5477/5517 daripada 3.5471/5506 pada Khamis. Ia juga menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 305.8/306 berbanding 305.0/305.5 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.55/8.56 daripada 8.53/8.54 sebelumnya. - Bernama