Kad biru bakal diperkenalkan dalam bola sepak

Kad biru dijangka diperkenalkan secara rasmi oleh IFAB.
Kad biru dijangka diperkenalkan secara rasmi oleh IFAB.
A
A
A

SATU perubahan besar akan berlaku dalam peraturan rasmi perlawanan apabila kad biru dijangka diperkenalkan dalam bola sepak profesional dalam masa terdekat.

The Telegraph melaporkan bahawa Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), badan yang bertanggungjawab ke atas undang-undang permainan, telah meluluskan langkah itu sebagai sebahagian daripada percubaan.

Pemain akan ditunjukkan kad biru dan diperintahkan keluar padang selama 10 minit jika mereka berbeza pendapat dengan pegawai perlawanan atau melakukan kesilapan kecil.

Ujian awal tidak akan melibatkan perlawanan besar tetapi percubaan bakal dimulakan pada musim panas ini dengan Piala FA dan Piala FA Wanita musim depan sebagai pertandingan untuk ujian.

Kenyataan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai respons kepada berita itu berbunyi: “FIFA ingin menjelaskan bahawa laporan yang dipanggil 'kad biru' di peringkat elit bola sepak adalah tidak betul dan pramatang.

“Mana-mana percubaan sedemikian, jika dilaksanakan, harus dihadkan kepada ujian di peringkat bawahan. Satu perbincangan lanjut akan dibuat dalam mesyuarat IFAB pada 2 Mac,” katanya.

Artikel Berkaitan: