Aliran trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan petang Khamis, berikutan cuti panjang menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. Foto Bernama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan petang Khamis, berikutan cuti panjang menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan petang ini, berikutan cuti panjang menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada Sabtu ini.

Setakat 4 petang ini, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, di wilayah utara, trafik mula bergerak perlahan dari Perai menghala ke Juru.

"Sementara itu, menghala ke pantai timur, di Lebuhraya KL-Karak (KLK) bermula dari Gombak menghala ke Genting Sempah turut mengalami kesesakan,” katanya kepada Bernama.

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya pula memaklumkan terdapat lori rosak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di Kilometer 1 arah selatan dari Shah Alam ke Seafield dengan lorong kanan terhalang.

Sementara itu, trafik juga perlahan selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar. - Bernama

Artikel Berkaitan: