1,500 muslimat khatam al-Quran sempena Israk Mikraj

Antara peserta Program Semarak Cinta Al-Quran di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.
Antara peserta Program Semarak Cinta Al-Quran di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seramai kira-kira 1,500 muslimat terlibat khatam al-Quran sempena Israk Mikraj di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah pada Selasa.

Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Kedah, Masadah Sajadi berkata, program Semarak Cinta al-Quran anjuran Salimah dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Daerah Kuala Muda itu bermula jam 8 pagi.

Kira-kira 1,500 peserta berpakaian putih menyertai khatam Al-Quran sempena Israk Mikraj.
Kira-kira 1,500 peserta berpakaian putih menyertai khatam Al-Quran sempena Israk Mikraj.

Menurutnya, peserta wanita yang berpakaian putih kesemuanya merupakan pelajar tahfiz, ahli badan bukan kerajaan (NGO), penghuni pondok, muslimat masjid, mualaf dan orang perseorangan itu terdiri daripada dalam dan luar daerah.

"Kita juga berbesar hati menerima rombongan muslimat masjid dari Selangor yang turut serta menyertai khatam al-Quran," katanya.

Beliau berkata, selain memperingati ibrah peristiwa Israk Mikraj, ia juga bertujuan menanam semangat cintakan al-Quran.

"Sebagai umat Islam, ia juga sebagai salah satu cara menyatakan pendirian dalam kehidupan kita yang bersandarkan pada mukzijat ini," katanya.

Turut diadakan beberapa acara lain selain khatam Al-Quran seperti tadarus, ceramah dan marhaban.
Turut diadakan beberapa acara lain selain khatam Al-Quran seperti tadarus, ceramah dan marhaban.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, penganjuran ini adalah kali pertama majlis khatam al-Quran dilaksanakan secara besar-besaran dan menerima sokongan menggalakkan.

"Insha-ALLAH perancangan masa akan datang akan terus mengatur program bermanfaat bukan sahaja dapat beramal bersama-sama malah merapatkan ukhuwah antara satu sama lain,"katanya.