Azraai Khor meninggal dunia

Allahyarham Azraai Khor Abdullah
Allahyarham Azraai Khor Abdullah
A
A
A

ARENA bola sepak tanah air khususnya penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC dikejutkan dengan berita pemergian legenda jurulatih Hijau Kuning, Azraai Khor Abdullah pada Khamis.

Anak Allahyarham, Firdaus Zainuddin memaklumkan perkara itu laman sosial Facebooknya pada Khamis.

"Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat bapa saya Mohd Azraai Khor yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

"Mohon sama-sama kita berdoa agar Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman.Aamiin,"katanya.

Khabar duka kehilangan legenda bola sepak itu turut dikongsikan Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan negeri, Muhammad Radhi Mat Din.

"Mendapat perkhabaran duka legenda bola sepak Malaysia dan Kedah sahabat seperjuangan saya coach Azrai Khor Abdullah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Salam takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Azraai Khor Abdullah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman Al-Fatihah,"katanya.

Sebelum ini, legenda 'double treble' Kedah itu dikejarkan ke hospital selepas diserang strok.

Artikel Berkaitan: