Penguat kuasa cedera diserang semasa keluarkan kompaun

Seorang penguat kuasa cedera ringan selepas ditolak seorang lelaki di Jalan Flora, Taman Flora, Batu Pahat pada Rabu.
Seorang penguat kuasa cedera ringan selepas ditolak seorang lelaki di Jalan Flora, Taman Flora, Batu Pahat pada Rabu.
A
A
A

BATU PAHAT - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan yang mengeluarkan kompaun terhadapnya atas kesalahan parkir di Jalan Flora, Taman Flora di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima aduan daripada penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) pada jam 3.50 petang.

"Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan kompaun atas kesalahan tidak memiliki kupon parkir semasa meletak kenderaan.

"Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian menghalang dan menyerang penguat kuasa daripada mengeluarkan kompaun," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, penguat kuasa berkenaan juga ditolak dan terjatuh atas motosikalnya, namun pergaduhan tersebut dileraikan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Katanya, kedua-dua pihak mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Menurut Ismail, kes disiasat di bawah 186 dan 153 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam.

"Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

"Polis menasihatkan semua pihak mematuhi peraturan jalan raya serta tidak beremosi dalam apa juga keadaan sehingga membabitkan diri dalam kesalahan jenayah.

"Orang ramai perlu menghormati tindakan pihak penguat kuasa undang-undang dalam menjalankan tugasnya," kata beliau.