SPRM tahan tiga individu termasuk dua anggota penguat kuasa

Tiga individua dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk permohanan reman bagi membantu siasatan.
Tiga individua dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk permohanan reman bagi membantu siasatan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga individu termasuk dua anggota penguat kuasa ditahan kerana disyaki meminta rasuah berjumlah RM1,500 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pemandu kenderaan.

Sumber berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 36 hingga 37 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur antara jam 5 petang hingga 7 malam, Rabu.

"Dua anggota penguat kuasa tersebut yang menaiki motosikal dipercayai telah menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan nombor perdagangan kenderaan motor (trade plate) syarikat kira-kira jam 9.30 pagi hari sama.

"Anggota penguat kuasa tersebut kemudian memberitahu kepada pemandu kenderaan itu bahawa nombor ‘trade plate’ yang digunakan adalah palsu,” katanya.

Sumber berkata, salah seorang anggota penguat kuasa tersebut telah meminta wang RM1,500 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu kenderaan terbabit.

"Susulan penahanan tersebut, ketiga-tiga suspek termasuk seorang lelaki yang bertindak sebagai ‘runner’ telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi, Khamis bagi tujuan permohanan reman.

"Majistret Illi Marisqa Khalizan telah membenarkan permohanan reman selama enam hari bermula Khamis sehingga Selasa bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: