Kejuaraan Remaja Asia B23 ujian pertama Malaysia B

Pembentukan skuad Malaysia B bertujuan memastikan kesinambungan pemain kepada skuad senior negara pada masa depan. Gambar kecil: Yusoff Ali
Pembentukan skuad Malaysia B bertujuan memastikan kesinambungan pemain kepada skuad senior negara pada masa depan. Gambar kecil: Yusoff Ali
A
A
A

KEJUARAAN Sepaktakraw Remaja Asia Bawah 23 Tahun Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) yang dijadualkan berlangsung di Tehran, Iran dari 24 hingga 28 April depan berdasarkan kalendar Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menjadi ujian pertama bagi melihat kemantapan skuad pelapis Malaysia B.

Penolong Setiausaha 1, Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Yusoff Ali, berkata, pendekatan mewujudkan skuad muda kendalian Futra Abd Ghani ini bertujuan memastikan kesinambungan pemain kepada skuad senior, Malaysia A dengan pendedahan kepada kejuaraan bawah 23 tahun.

"Barisan pemain-pemain feeder kepada skuad senior Malaysia A ini semua di bawah umur 21 tahun yang dipilih melalui sesi pemilihan skuad pelapis kebangsaan pada tahun lalu selain dari Kejohanan Piala Tun Ali 2023 dan Kejohanan Piala Emas Khir Johari (PEKJ) Ke-57.

"Team B kendalian coach Futra Abd Ghani, akan membuat latihan berfasa sama ada dalam atau luar negara, namun tidak sepanjang tahun sebaliknya tiga atau empat kali, fasa pertama akan bermula sebelum puasa selama dua minggu dengan kerjasama Majlis Sukan Negara.

"PSM telah melakukan tiga sesi pemilihan pemain-pemain di Perak dan Pahang serta latihan pusat di Terengganu bagi persediaan STL 2023/24 yang dipantau oleh pemantau dan bekas pemain kebangsaan," katanya kepada Sukan Sinar.


INFO

SKUAD MALAYSIA B

TEKONG

Artikel Berkaitan:

1. Muhammad Imran Mohd Fadzli (Pulau Pinang)

2. Muhammad Amin Mohd Asri (Johor)

3. Muhammad Harith Aiman Hanizam (Perlis)

4. Muhammad Hariz Hipni (Sarawak)

5. Muhammad Amar Roslan (Terengganu)

APIT KANAN (PEREJAM)

1. Muhammad Khairul Aman bin Mohd Rosdi (Terengganu)

2. Muhammad Nabil Naufal Mohd Fuad (Pulau Pinang)

3. Wan Firdaus Wan Omar (KPT-MASUM)

4. Muhammad Shahrain Zamerer Shamsuddin (Selangor)

5. Muhammad Wazir Madi (Terengganu)

APIT KIRI (PENGUMPAN)

1. Muhammad Haikal Huzaimi bin Abd Razak (KPT-MASUM)

2. Muhammad Fazaril Ikhmal Mohd Zaharudin (Perak)

3. Muhammad Firdaus Zahari (KPM-MSSM)

4. Aiman Aliff Roslan (Pulau Pinang)

5. Muhammad Aqil Fawwaz Mohd Nasharuddin (Terengganu)

JURULATIH

1. Mohd Futra Abd Ghani

2. Mohd Hafizie Abd Manaf

3. Mohd Sazuan Zainol (Kecergasan)