Insiden rompakan di Durban: 2 penuntut Malaysia dibenar keluar hospital

Kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Negeri hari ini.
Kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Negeri hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua daripada empat penuntut Malaysia yang cedera dalam satu insiden rompakan di Newcastle Durban, Afrika Selatan pada Jumaat lalu dibenarkan keluar hospital.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar hari ini, dua lagi penuntut masih dirawat di Hospital King Edward di Durban berikutan kecederaan dialami dalam kejadian pada 3 Januari lalu.

“Pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia Pretoria melawat penuntut berkenaan. Pihak suruhanjaya tinggi akan terus memantau keselamatan dan kebajikan mereka,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, keluarga penuntut terbabit dan universiti mereka juga sudah dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu.

Dalam kejadian Jumaat lalu, penuntut berusia antara 19 hingga 27 tahun itu cedera dalam satu kejadian rompakan dengan seorang mangsa terkena tembakan di kaki, manakala yang lain ditikam.

Artikel Berkaitan: