BKK satu setengah bulan kepada 8,000 penjawat awam di Pahang

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu setengah bulan dengan minimum RM2,000 kepada 8,000 penjawat awam negeri Pahang akan dibayar secara sekali beri pada 20 Februari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang pada Rabu.

"Ia melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan bagi BKK sebanyak RM39.6 juta.

"Sukacita dimaklumkan bahawa MMK bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju agar pembayaran BKK ini akan dikreditkan ke akaun penerima secara sekali bayar pada 20 Februari," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau berharap agar semua penjawat awam di Pahang berbelanjalah secara bijak dan tidak sesekali gunakan wang yang diterima ke arah yang boros serta merugikan.

"Semoga menerusi pembayaran BKK ini penjawat awam di Pahang akan lebih bersemangat untuk melaksanakan setiap tugas yang telah diamanahkan bagi memastikan pengurusan negeri menjadi lebih dinamik, mampan serta berdaya saing," ujarnya.

Artikel Berkaitan: