Jemaah Menteri tak bincang penjelasan pengurangan hukuman Najib - Fahmi

Fahmi ketika sidang media selepas mesyuarat Pasca Kabinet di kementeriannya hari ini. Foto Bernama
Fahmi ketika sidang media selepas mesyuarat Pasca Kabinet di kementeriannya hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada perbincangan oleh Jemaah Menteri mengenai keperluan untuk memberi penjelasan berhubung isu pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, secara lazimnya Lembaga Pengampunan sebelum ini tidak pernah memberi justifikasi mengenai keputusan mereka.

"Setahu saya, Jemaah Menteri tidak ada membincangkan keperluan itu,” katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai gesaan beberapa pihak agar Lembaga Pengampunan mendedahkan justifikasi keputusan tersebut.

Jumaat lalu, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 memutuskan hukuman penjara Najib diberi pengurangan 50 peratus.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkata, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

Denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000 dikurangkan kepada RM50,000,000.

Artikel Berkaitan: