Agong ke-16 pertimbang beri pengampunan penuh pada Najib - Peguam

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika hadir bagi prosiding sambung bicara kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi, pada Rabu. Foto Bernama
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika hadir bagi prosiding sambung bicara kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi, pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mempertimbangkan untuk memberi pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri itu pada 29 Januari lalu.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian ketika sidang akhbar berhubung isu pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri ini di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata, Al-Sultan Abdullah mengagihkan kertas undi kepada empat ahli bukan tetap Lembaga Pengampunan terlebih dahulu pada 21 Januari lalu, sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya diberitahu dan yakin YDPA ketika itu memikirkan untuk memberikan pengampunan penuh, ia menurut sumber yang paling boleh dipercayai.

“Memang ada keputusan tetapi saya tidak tahu apa hasilnya, namun bekas Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah) kemudiannya mengambil keputusan alternatif (mengurangkan hukuman Najib),” katanya.

Beliau berkata, ada fakta ditimbulkan bahawa kertas undi yang digunakan adalah tidak teratur dan perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Spekulasi mengenai pembebasan awal Najib akhirnya terjawab apabila Lembaga Pengampunan itu mengesahkan bekas Presiden UMNO terbabit akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Tarikh tersebut ialah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, jika denda tidak dibayar, tempoh penjara Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh urusetia lembaga tersebut, keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat lembaga itu, kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu.