4,895 pelajar Palestin terbunuh akibat kekejaman berterusan Israel

Seorang gadis yang cedera dilihat di hospital selepas serangan udara Israel di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza. Foto Xinhua
Seorang gadis yang cedera dilihat di hospital selepas serangan udara Israel di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza. Foto Xinhua
A
A
A

RAMALLAH - Kementerian Pendidikan Palestin berkata, 4,895 pelajar terbunuh manakala 8,514 yang lain cedera sejak Israel menceroboh Semenanjung Gaza dan Tebing Barat pada 7 Oktober lepas.

Daripada jumlah itu, seramai 4,851 pelajar terkorban dan 8,227 yang lain cedera di Semenanjung Gaza.

Di Tebing Barat, sebanyak 44 pelajar terbunuh, 283 cedera manakala 89 lagi ditahan, lapor Agensi Berita WAFA memetik kenyataan kementerian itu.

Menurut kenyataan itu, 239 guru dan pentadbir turut terbunuh di Semenanjung Gaza manakala 836 cedera dan lebih 71 lagi ditahan di Tebing Barat.

Seramai 620,000 pelajar masih dinafikan hak untuk ke sekolah.

Sementara itu, sebanyak 286 sekolah kerajaan dan 65 sekolah yang bergabung dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Semenanjung Gaza telah dibom dan dimusnahkan.

Di Tebing Barat pula sebanyak 49 sekolah rosak akibat diserang atau dimusnahkan oleh rejim Israel. - Bernama

Artikel Berkaitan: