IPT perlu lihat perubahan industri dalam semua bidang - Zambry

Zambry berucap pada Program Libat Urus Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Perwakilan Negara Luar di Hotel Whyndham Grand Bangsar pada Isnin. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Zambry berucap pada Program Libat Urus Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Perwakilan Negara Luar di Hotel Whyndham Grand Bangsar pada Isnin. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan perlu melihat potensi graduan menerusi perubahan industri yang berlaku dalam setiap bidang terutama elektronik dan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ia bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir sekali gus mampu menyumbang kepada ekonomi negara.

Menurutnya, setiap IPT perlu memainkan peranan dan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk terus mencungkil potensi graduan tempatan.

“Kapasiti kita hanya mempunyai sekitar 5,000 graduan dalam bidang elektrik dan elektronik, oleh itu universiti kena melihat juga dari segi keperluan-keperluan yang diperlukan dalam industri yang sebegini.

“Sebagai contoh dalam bidang AI yang sekarang ini merupakan satu bidang yang perlu diberikan perhatian oleh semua universiti bagi memenuhi keperluan negara dan juga dalam dunia yang sedang kita hadapi pada hari ini khususnya dalam konteks AI,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Libat Urus Menteri Pendidikan Tinggi bersama perwakilan luar negara di Hotel Whyndham Grand Bangsar di sini pada Isnin.

Zambry (tengah) ketika sesi soal jawab pada Program Libat Urus Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Perwakilan Negara Luar di Hotel Whyndham Grand Bangsar pada Isnin. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Zambry (tengah) ketika sesi soal jawab pada Program Libat Urus Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Perwakilan Negara Luar di Hotel Whyndham Grand Bangsar pada Isnin. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pada Sabtu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, cadangan untuk membenarkan graduan asing di IPT tempatan bekerja sementara dalam bidang tertentu seperti teknologi dapat menjana pendapatan negara.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pelajar asing banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan tahun ini sahaja mereka dianggarkan berbelanja sebanyak RM7.3 bilion setahun.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, usaha memanggil duta-duta luar negara bagi membincangkan polisi terbaharu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah penting untuk memperkenalkan pendidikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Ujarnya, perkara tersebut sejajar dengan matlamat kementerian itu yang ingin meningkatkan pendidikan tinggi selaras dengan keperluan industri.

“Setakat ini interaksi antara kedutaan luar negara di Malaysia adalah sangat baik malah mereka mengucapkan terima kasih kerana mengadakan program seumpama ini,” katanya.