Mayat dalam longkang: Polis klasifikasi sebagai mati mengejut

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis mengklasifikasikan kematian seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di dalam longkang di Jalan Pasir Hor-Pasir Tumboh, Kampung Seribong pada Ahad sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Asisten Komisioner Rosdi Daud bagaimanapun berkata, kes itu masih disiasat dan status warganegara masih belum diketahui.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

"Hasil siasatan awal polis juga mendapati tiada sebarang identiti ditemui di badan si mati," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Jelas beliau, polis menerima makluman daripada orang awam pada jam 12.30 pada Ahad berkaitan penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang di tepi jalan Kampung Seribong.

Mohd Rosdi memberitahu, mayat dibawa ke Unit Forensik Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan bedah siasat dilakukan pada Isnin.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan seorang pekerja penyelenggaraan jalan terkejut selepas dimaklumkan rakannya mengenai mayat seorang lelaki di dalam longkang ketika mereka melakukan kerja-kerja pembersihan.

Artikel Berkaitan: