[VIDEO] Ramai orang Pahang kena tipu

Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Wazir
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Sebanyak 526 kertas siasatan dibuka membabitkan 244 tangkapan dengan kerugian mencecah RM3.579 juta bagi kes jenayah penipuan di negeri ini sepanjang 2019.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, daripada jumlah itu seramai 179 individu dihadapkan ke mahkamah.

Menurutnya, jumlah tertinggi pertuduhan ialah kes tipu pinjaman tidak wujud atau Seagull dengan 113 pertuduhan membabitkan kerugian RM2.766 juta.

"Ini bermakna sebanyak 73.36 peratus pertuduhan dilakukan bagi semua kes scammer yang disiasat pada 2019. Dalam konteks peratusan JSJK telah mencapai standard Key Performance Index (KPI) yang ditetapkan JSJK Bukit Aman iaitu sekurang-kurangnya 40 peratus.

"Selain penipuan pinjaman tidak wujud, Macau Scam mencatat tangkapan kedua tertinggi iaitu 165 kes dengan 43 didakwa membabitkan kerugian RM5,338 diikuti Love atau African Scam iaitu 23 pertuduhan daripada 63 tangkapan dengan kerugian RM806,53," katanya ketika ditemui di IPK Pahang di sini semalam.

Menurutnya, baki tangkapan yang belum dituduh masih di peringkat siasatan bagi mengesan rakan sejenayah sindiket itu serta maklumat pembuktian yang lebih kukuh.

Mohd Wazir berkata, secara keseluruhannya kes jenayah komersial di negeri ini masih terkawal dan setiap mangsa yang membuat laporan sentiasa dikemas kini.

Artikel Berkaitan: