X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Lima suspek aktif pecah rumah ditahan

Beng Yeow menunjukkan barang kemas yang dirampas daripada suspek di IPD Kulai.
A
A

KULAI - Empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam lima kes pecah rumah di sekitar daerah Kulai ditahan dalam beberapa siri Op Pintu Kiran sejak 1 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kelima-lima suspek berjaya ditangkap di sekitar Kulai, Senai, Permas Jaya, Larkin dan Skudai selepas memecah masuk sebuah rumah di Bandar Putra Kulai pada 27 Disember lalu.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 2.11 petang itu, suspek memecah masuk rumah tersebut dengan mengumpil pintu bahagian tepi rumah dan merosakkan penggera keselamatan serta melarikan barang-barang berharga antaranya barang kemas bernilai RM55,000.

"Hasil serbuan ke atas kelima-lima suspek berusia 19 hingga 31 tahun, beberapa barang berjaya dirampas antaranya sebuah kereta Proton Wira, 25 helai resit pajak gadai, 13 utas rantai emas, 19 bentuk cincin, lapan loket, empat subang emas, dua utas jam tangan, sekeping emas dan tiga gelang tangan.

Barang kemas yang dirampas susulan penahanan empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki aktif dalam kes pecah rumah sekitar daerah Kulai.
Barang kemas yang dirampas susulan penahanan empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki aktif dalam kes pecah rumah sekitar daerah Kulai.

"Beberapa peralatan pecah rumah seperti tukul besi, gergaji, pengumpil dan playar turut dirampas. Nilai keseluruhan dianggarkan mencecah RM100,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini hari ini.

Beng Yeow berkata, ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah, manakala empat suspek memiliki rekod jenayah lampau bersabit kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Siasatan dilakukan ke atas semua suspek mendapati mereka bukan sahaja aktif melakukan jenayah pecah rumah di Kulai tetapi juga di Johor Bahru Utara dan Seri Alam.

"Ada tiga lagi rakan jenayah kepada lima suspek yang kini masih diburu polis. Ketiga-tiga mereka berusia lingkungan 30 tahun," katanya.

Menurutnya, kelima-lima suspek kini ditahan reman sehingga 13 Januari depan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 14 tahun, denda dan sebatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!