Nak untung RM1.8 juta tapi rugi RM521,000

Seorang pembantu kedai alat ganti kenderaan berputih mata selepas mengalami kerugian sebanyak RM521,000 diperdaya sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan sebanyak RM1.8 juta. Gambar hiasan
Seorang pembantu kedai alat ganti kenderaan berputih mata selepas mengalami kerugian sebanyak RM521,000 diperdaya sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan sebanyak RM1.8 juta. Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Seorang pembantu kedai alat ganti kenderaan berputih mata selepas mengalami kerugian sebanyak RM521,000 diperdaya sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan sebanyak RM1.8 juta

Difahamkan, lelaki berusia 39 tahun itu bukan sahaja menggunakan simpanannya, namun turut menggunakan wang dipinjam daripada ahli keluarga yang turut lesap disebabkan keghairahannya untuk menjadi kaya dengan segera.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa yang menetap di Bentong menyertai skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan melalui laman sosial pada 31 Disember tahun lalu.

Menurutnya, mangsa membuat pendaftaran melalui laman web yang merupakan platform saham bagi tujuan pelaburan.

"Pada peringkat awal, mangsa berjaya mengeluarkan wang keuntungan sebanyak RM1,000 dengan melabur sejumlah RM50,000.

"Dalam tempoh 25 Januari hingga 3 Februari lalu mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM 521,000 dengan 15 transaksi ke empat akaun berbeza," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, selepas membuat pelaburan itu, mangsa gagal mengeluarkan keuntungan melebihi RM1.7 juta di laman web tersebut.

Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Bentong selepas merasakan dirinya ditipu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

Tegasnya, orang ramai digesa tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.