Tahap keselamatan Depoh Tahanan Pekan Nanas terjamin

Baharudin (dua dari kanan) ketika sidang akhbar berkenaan inisiatif Imigresen Johor menangani kesesakan di BSI sempena Tahun Baharu Cina di BSI, Johor Bahru pada Isnin
Baharudin (dua dari kanan) ketika sidang akhbar berkenaan inisiatif Imigresen Johor menangani kesesakan di BSI sempena Tahun Baharu Cina di BSI, Johor Bahru pada Isnin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor memberi jaminan tahap keselamatan Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas di Pontian sentiasa selamat daripada dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, tiada mana-mana pihak pernah memboloskan diri daripada depoh tahanan tersebut.

"Depoh tahanan itu merupakan satu-satunya depoh tahanan PATI di Johor. Saya boleh katakan bahawa kawalan di depoh tersebut pada tahap tertinggi untuk pasti kejadian seperti di Depoh Imigresen Sementara Bidor tidak berlaku di sini.

"Ketika ini, depoh tersebut menempatkan seramai 1,070 PATI dengan seramai 20 daripada mereka merupakan tahanan warga Rohingya," katanya mengulas mengenai tahap kawalan di depoh tahanan itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berhubung Inisiatif Mengatasi Kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini pada Isnin.

Pada 1 Februari lalu, seramai 131 PATI melarikan diri dari blok lelaki Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak.

Daripada jumlah itu, 115 merupakan warga Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Mengulas lanjut, Baharuddin berkata, Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas itu mempunyai kekuatan seramai 171 anggota dengan seramai 40 anggota bertugas pada setiap syif.

Artikel Berkaitan: