X

Kindly register in order to view this article
!

Budak 3 tahun parah diserang kera

Kanak-kanak 3 tahun cedera di kepala akibat digigit kera.
A
A

KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas diserang kera di sebuah kedai makan di Lebuhraya Muadzam Shah, Rompin, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskun berkata, dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, mangsa, Syed Nur Akif Rizqi Syed Ahmad, 3, diserang dan digigit kera berkenaan ketika sedang bermain telefon bimbit.

Menurutnya, ketika kejadian difahamkan ibunya sedang mengambil makanan sebelum mendengar jeritan mangsa dan bertindak menghalau haiwan itu.

Kanak-kanak 3 tahun cedera akibat diserang kera.
Kanak-kanak 3 tahun cedera akibat diserang kera.

"Berdasarkan laporan diterima, kanak-kanak itu digigit kera yang sering berkeliaran di kawasan kedai itu.

“Mangsa yang cedera di kedua bahagian kaki, kepala dan belakang badan kini dirawat di Hospital Segamat dan dilaporkan stabil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian berkenaan sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

"Bertindak atas laporan dibuat, Perhilitan menjalankan operasi dengan mengesan kera itu sebelum haiwan itu berjaya ditangkap," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf