Rakyat mahu KDN utamakan isu PATI

Undian orang ramai di platform X Saifuddin Nasution berkaitan fokus KDN untuk tahun 2024.
Undian orang ramai di platform X Saifuddin Nasution berkaitan fokus KDN untuk tahun 2024.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 60 peratus pengguna di media sosial berpandangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memberi fokus kepada masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk tahun 2024.

Ia berdasarkan undian di platform X Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam tempoh 24 jam bermula jam 1.15 petang, Sabtu mendapati 62.1 peratus daripada 20,400 yang mengundi bersetuju perkara itu diutamakan.

Sebanyak 22.4 peratus pula berpendapat isu scammer perlu diberi perhatian sekali gus menjadi kedua tertinggi mendapat undian daripada empat pilihan.

Isu kewarganegaraan berada di kedudukan ketiga dengan jumlah undian sebanyak 9.7 peratus manakala jenayah dadah paling rendah mendapat undian untuk diberi fokus pada tahun 2024 iaitu 5.8 peratus.

Menurut Seri Saifuddin Nasution, undian tersebut dapat membantu beliau dalam memilih isu yang perlu diberi keutamaan pada tahun ini.

"Ini antara fokus KDN tahun 2024, cuma dari kaca mata tuan puan, apa yang menjadi keutamaan.

"Kebetulan saya agak lapang hari ini, jom bantu saya undi," katanya dalam paltform yang sama.

Artikel Berkaitan: