33 individu ditahan, gaji pekerja asing tanpa permit

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Seramai 33 individu ditahan hasil serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, pada Isnin kerana disyaki terlibat menggaji pekerja warganegara asing tanpa permit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua individu berkenaan melibatkan seorang lelaki warga tempatan, dua lelaki warga asing dan 30 perempuan warga asing berusia dalam lingkungan 18 hingga 45 tahun.

“Sekitar 11.45 malam Isnin lalu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, berjaya membuat serbuan di sebuah pusat hiburan di sini (Johor Bahru).

“Semasa serbuan, didapati muzik sedang dimainkan dengan kuat dan terdapat perempuan warga asing sedang melayan pelanggan sambil minum minuman keras.

“Polis kemudiannya menahan kesemua mereka ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 55B Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan menggaji warga asing dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan tetapi tidak lebih lima tahun.

Kes itu juga akan disiasat bawah Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 iaitu salah guna pas lawatan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Kes juga disiasat bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan: