'Tony Pua biadab pertikai keputusan YDPA' - Akmal Saleh

Dr Akmal Saleh. Tangkap layar hantaran Facebook yang dibuat oleh Dr Akmal Saleh pada Sabtu
Dr Akmal Saleh. Tangkap layar hantaran Facebook yang dibuat oleh Dr Akmal Saleh pada Sabtu
A
A
A

SHAH ALAM – Tindakan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang menyindir keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap biadab.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh berkata, laporan polis akan dibuat susulan tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP itu mempertikaikan kata putus yang dibuat oleh Yang Di-pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, 29 Januari lalu.

“Insya-ALLAH laporan polis terhadap Tony Pua akan dilakukan seluruh negara oleh Pemuda UMNO atas kebiadaban dia mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh YDP Agong.

“Jumpa anda di mahkamah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, Tony Pua dilaporkan memuat naik tiga hantaran bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap diskaun hukuman yang diberikan kepada Najib.

Secara sinis beliau meminta seseorang untuk menghantarnya ke penjara selama setahun dan akan membayar RM50 juta sebagai pertukaran.

Keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada Jumaat membenarkan Najib yang juga bekas Presiden UMNO itu dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Artikel Berkaitan: