Kiasan Tuhan Dalam Al-Quran gambaran jelas aspek kehidupan bersyariat

Muhammad Arif bersama pengunjung yang hadir dalam sesi Temu Mesra bersama penulis di Jualan Gudang Karangkraf pada Sabtu.
Muhammad Arif bersama pengunjung yang hadir dalam sesi Temu Mesra bersama penulis di Jualan Gudang Karangkraf pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Buku Kiasan Tuhan Dalam Al-Quran terbitan Karya Bestari memberi gambaran jelas mengenai aspek kehidupan bersyariat dan membentuk akidah serta pemikiran umat Islam sesuai dengan keadaan semasa.

Penulisnya, Dr Muhammad Arif Musa berkata, al-Quran mempunyai ketinggian bahasa menerusi kiasan dan perumpamaan supaya ia memberi kesan mendalam kepada pembaca untuk terus memahami ayat-ayat suci itu.

Menurutnya, pembaca akan lebih tadabbur dengan menelusuri setiap makna ayat dan bukan sekadar menghafal semata-mata.

Pengunjung masih ramai hadir ke jualan gudang Karangkraf setakat jam 2 petang hari ini.
Pengunjung masih ramai hadir ke jualan gudang Karangkraf setakat jam 2 petang hari ini.

“Perumpamaan atau kiasan ini merupakan cara ALLAH SWT menjelaskan sesuatu perkara dalam aspek kehidupan mahupun syariat dalam agama.

“Salah satu cara penerangan al-Quran adalah melalui perumpamaan ataupun ayat amthal. Ayat ini berfungsi untuk mendekatkan kefahaman al-Quran kepada pendengarnya,” katanya kepada Sinar Harian dalam sesi Temu Mesra bersama Penulis di Jualan Gudang Karangkraf di sini pada Sabtu.

Tema yang diangkat pada jualan gudang kali ini adalah #RoadToRamadan dengan jualan al-Quran terbesar pernah dianjurkan yang berlangsung bermula 25 Januari hingga 4 Februari di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

Pengunjung melihat beberapa buku yang dipamerkan sempena jualan gudang Karangkraf.
Pengunjung melihat beberapa buku yang dipamerkan sempena jualan gudang Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

Pengunjung juga berpeluang menerima potongan diskaun bagi tajuk buku terpilih dan cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM1,500.

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Digital Grup Buku Karangkraf, Nur Sarah Nadirah Ahmad Zaini berkata, pada hari kedua terakhir jualan gudang, ramai pengunjung yang masih lagi setia untuk hadir dan memeriahkan setiap aktiviti yang diadakan.

Ujarnya, aktiviti seperti pertandingan mewarna, menulis mushaf al-Quran dan teka silang kata bertemakan Ramadan.

Tambah beliau, esok merupakan hari terakhir jualan gudang buku Karangkraf dan dijangka lebih ramai yang akan hadir berdasarkan sambutan diterima sangat menggalakkan sejak hari pertama lagi.

Antara buku-buku yang dipamerkan sepanjang jualan gudang Karangkraf.
Antara buku-buku yang dipamerkan sepanjang jualan gudang Karangkraf.

“Walaupun cuaca hujan pada hari ini tetapi pengunjung masih datang dengan membawa ahli keluarga untuk membeli-belah dan juga menyertai beberapa pertandingan.

“Jangkaan pada hari terakhir esok (Ahad) akan lebih ramai yang akan datang kerana potongan harga yang ditawarkan sangat berbaloi,” katanya.