Latihan singkat bukan penghalang Amni Sofea bercerita sirah Nabi

Amni Sofea Mohd Syahiran Syahid
Amni Sofea Mohd Syahiran Syahid
A
A
A

SHAH ALAM - Masa yang singkat bagi mempersiapkan diri untuk menyertai Pertandingan Bercerita Sirah Nabi, bukan penghalang untuk Amni Sofea Mohd Syahiran Syahid, 9, merebut gelaran juara dalam pertandingan yang diadakan sempena Jualan Gudang Karangkraf.

Murid Tahun Tiga Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Union itu, berjaya menambat hati juri menewaskan tujuh peserta lain dengan gaya dan nada suara yang sangat baik dalam pertandingan itu pada Rabu.

Amni Sofea berkata, dia mula mendapat pendedahan dalam pertandingan berkonsep bercerita seawal usia enam tahun kerana mempunyai minat yang sangat mendalam.

Peserta yang menyertai pertandingan Bercerita Sirah Nabi sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Peserta yang menyertai pertandingan Bercerita Sirah Nabi sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

"Alhamdulillah, saya sangat gembira dan teruja dengan kemenangan ini walaupun berlatih dalam masa yang singkat iaitu hanya dalam tempoh tiga hari.

“Saya memang ada menyertai pertandingan lain dan juga memenanginya sebelum ini, namun kali ini sedikit kelainan kerana ia berkonsepkan kisah Nabi,” ujarnya.

Suasana Jualan Gudang Karangkraf 2024 yang sedang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf.
Suasana Jualan Gudang Karangkraf 2024 yang sedang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pemasaran Grup Buku Karangkraf (Karangkraf), Anis Syamila Abdul Halim, selain menawarkan diskaun buku sehingga 80 peratus, terdapat juga aktiviti hujung minggu seperti pertandingan mewarna dan kraftiviti DIY ‘bookmark’.

Artikel Berkaitan:

“Bagi pelajar yang datang ke jualan gudang dengan berpakaian uniform sekolah turut berpeluang menerima buku nota secara percuma,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!