Premis jadi stor simpan arak, rokok diserbu

Beberapa kotak mengandungi arak tidak bercukai yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
Beberapa kotak mengandungi arak tidak bercukai yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
A
A
A

BATU PAHAT - Polis merampas kira-kira 30,000 tin dan botol arak termasuk 18 karton rokok pelbagai jenis serta dua kenderaan berjumlah hampir RM700,000 dalam dua serbuan berasingan di dua premis, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis turut menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga tempatan berusia 32 hingga 60 tahun yang merupakan pemilik premis berkenaan.

"Sekitar jam 6 hingga 6.30 petang Khamis, Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion 5, Simpang Renggam, Johor telah membuat serbuan di dua lokasi berasingan sekitar daerah Batu Pahat iaitu di Taman Perdana, Batu Pahat dan Taman Bukit Indah, Ayer Hitam, Johor.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua premis berkenaan dijadikan stor penyimpanan pelbagai minuman keras dan rokok disyaki barangan tanpa cukai kastam.

"Polis turut merampas 24,096 tin arak, 2,840 botol arak dan 18 karton rokok pelbagai jenis dipercayai tanpa bercukai termasuk dua kenderaan berjumlah RM 667,728," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda sepuluh kali ganda nilai rampasan atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun.

Ketiga-tiga suspek telah di reman selama 10 hari mulai 2 Februari hingga 11 Februari ini bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: