Faisal Halim bakal berlakon filem

Penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim akan muncul sebagai pelakon dalam sebuah filem terbitan Estrada Sports Agency tidak lama lagi. - Gambar Instagram @faisalhalim.7
Penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim akan muncul sebagai pelakon dalam sebuah filem terbitan Estrada Sports Agency tidak lama lagi. - Gambar Instagram @faisalhalim.7
A
A
A

JIKA tiada aral melintang dan sekiranya persetujuan dicapai, penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim akan muncul sebagai pelakon dalam sebuah filem terbitan Estrada Sports Agency.

Estrada merupakan sebuah syarikat penjenamaan atlet yang menguruskan kerjaya 18 pemain bola sepak tanah air.

Menurut Pengurus Estrada, Azrin Malek, pihaknya kini sedang dalam perancangan ke arah bekerjasama menerbitkan filem.

"Untuk pengetahuan semua kita akan ada kejutan tidak lama lagi... pihak saya akan terbit filem dan Faisal Halim Insya-ALLAH akan berlakon," kata Azrin dalam wawancara bersama program Nadi Arena.

Azrin berkata, tiada sebarang halangan untuk pemain bola sepak terjun ke layar perak selagi masih berada dalam ekosistem yang sama. - Awani

Artikel Berkaitan: